Followers

Like this...:)

09 December 2012

Pantun tentang H.A.T.I.





Aku pernah berjanji,
Hanya dia di dalam hati...
Akan sehidup semati,
Sehingga aku tak bernafas lagi...

Bersedih hanya seorang diri,
Kerana dia dibawa pergi...
Aku sedar bahawa janji,
Tidak selalu akan tepati...


Hati ditutup buat selamanya,
Hanya dibuka bila bersedia...
Kerana tak sanggup rasa kecewa,
Biar aku hidup merana...


Tidak ku sangka, tidak ku duga,
Apa dibuat tak seperti dikata...
Aku bertemu seorang jejaka,
Hati ku akhirnya terbuka semula...


Bukan nya aku hendak bercinta,
Kerana tak pasti siapa kah dia...
Ingin ku jadi kawan setia,
Biar lah lama tidak mengapa...




Aku mencuba, mencari jalan,
Ingin menanya dengan sendiri...
Sudikah dia menjadi rakan,
Walaupun aku ikhlas di hati...


Semakin hari semakin ragu,
Menanti jawapan yang aku tuju...
Fikiran menjadi tidak menentu,
Bila ditanya semuanya tak tahu...


ku bertanya tak pernah jemu,
lalu jawabnya pada diriku
kalau benar ikhlas dirimu,
tanyalah sahaja orang tuaku.

Pucuk pauh delima batu
   Tumbuk sambal taruk belacan
Jika sungguh kamu merindu
    Janganlah suka berangan angan


kena denda ketuk ketampi
   kerana lemah tatkala mengaji
terasa bagaikan nak mati
   kerana asyik ternanti nanti


Yang mana satu idaman kalbu,
Pilihan ada merunsing jiwa,
Kalau sudah dia jodohku,
Mengapa resah tak tentu saja..

2 comments:

  1. kalau ditakdirkan dia jodohmu..
    berdoalah selalu...

    rajin dok berpantun malam3 noo...hihi

    ReplyDelete
  2. @jehanfrhin : amin...insyaallah...
    hehehehe....pantun suka2...:)

    ReplyDelete