Followers

Like this...:)

17 December 2012

(-) DOSA (+) PAHALA




Daripada Wabisah bin Makbud
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka”










Huraian
·       Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
·       Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
·       Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.


Oleh itu, ayuhlah sama-sama kita mengurangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan tingkatkan Pahala.....




Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”

(al-Bukhari)

Huraian
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.








“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya, dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (Surah al-Mu’minun 22: 1-3)




6 comments:

  1. Replies
    1. hmm...btl tu..:)
      bila kita ikhlas, hati lapang jiwa tenang...:D

      Delete
  2. perkongsian yang berguna.. datang follow..

    ReplyDelete
  3. salam.. anda adalah follower ke-500 saya ! entry penghargaan untuk anda di sini. jemput singgah :) http://pelengkaprusukiri.blogspot.com/2012/12/follower-ke-500-saya.html

    ReplyDelete