Followers

Like this...:)

31 December 2012

~ Membodek ke macam nie??? ~

Assalamualaikum....
hye3x.... ^_^
terasa terlebih happy pulak mlm nie...
sbb balik keje dlm hujan...
habis basah kuyup....
ye lar, dpt jugak kn mndi hujan....
dulu waktu kecik boleh lar nak main hujan sesuke hati....
terlompat2, main kejar2...sume boleh...
now, dh besar malu kowt nk buat mcm tu....
hanya mampu naik motor tanpa baju hujan.... :)

And one more things, today dpt buah tgn bos bg....
hehhee...
nie yg syg bos nieh...:)
syaratnye sng je...kne rajin bekerja je....
confirm...bos syg n hadiahkan mcm2....
( xmembodek keyh )


nie lar present yg sy dpt tu....
cantik x???
( gambar xcantik sbb pakai fon murah je tgkp gmbr...)

Korunk klaw nk buah tgn n selalu dpt present drpd bos, kne lar rajin bekerja... :)

~sekian ~


30 December 2012

~ topik HOT ~



Assalamualaikum & salam sejahtera....
Cewahh!! Mcm pembaca berita lar pulak kn... =)
Hehhe.....
Emm...sedar xsedar, thn 2012 akn melabuhkan tirai lg 2 hari.....
Semua kecoh skrg nie tanya “ apa azam tahun baru?? “
After that, bermacam-macam larh jwpn yg timbul tenggelam...

Ø  Saya mahu berhenti merokok. Ini ‘most favourite’ azam untuk semua umat di bumi tak kira bangsa agama dan budaya.
Ø  Saya mahu mengurangkan berat badan saya. Sekurang-kurangnya 5-10 kilogram. Tak beringat betul azam tahun baru kamu ya?
Ø  Saya berjanji akan menjadi lebih baik, berubah menjadi lebih Berjaya dari tahun sebelum-sebelum ini.
Ø  Saya akan berusaha mendapat untung yang berlipat ganda dalam bisnes saya.Ini untung berlipat ganda sama juga seperti perut lipat berganda?
Ø  Meluangkan masa dengan keluarga dan rakan taulan. Nak berbakti lebih pada ibu bapa. Bukan main kan.
Ø  Mahu mengurangkan masa menggunakan internet disamping meluangkan masa melakukan riadah. Yang ini selalu gamers punya matlamat lah. Termasuk pengguna Twitter dan Facebook.


Ade jgk yg berazam “ nak mendirikan rumah tangga tahun nie”...
( sy lar tu.. J tp calon pengantin lelaki xde lagi )
Hehehe.....
Kpd sespe yg nk jd calon sila isi borang... :p
Bajet mcm HOT je kn...
( lwk je keyh..jgn isi btl2 pulak... J )
Tp kalaw ade btl & dah mmg jodoh xsalah kan??
Mule arr nieh nk menggatal...
“Sudah2 lar yana.... sambung stdy, jgn nk menggatal lg..”

p/s : kpd pembaca2 sekalian, ape azam tahun baru korunk??

~ peace no war ~

28 December 2012

~ TERHARU sampai TEROVER...^_^ ~

Assalamualaikum....
hye semua....:)

ditengah mlm bwh bulan mengambang baru sy berkesempatan utk meng'update' 
entry....sdeyh kan??
tersangat larh bz sampai jarang on9...
tepat pukul 12.15 a.m. pd 28/12/2012,
after sing in je blog twos tgk ade comment...
terharu sgt-2x bile bce 1 comment nie....


first time kowt ade org buat entry pasal sy...
( happy tak terkata...over lar plak kan...^_^ )



.
.
.


nie lar pemilik blog yg membuat sy terharu smpai nk menitiskan air mata...:)

( pelengkap rusuk kiri )

klik gmbar kat bwh utk terjah blog beliau....:)
jgn lupe follow...(^_^)
.
.
.


terima kasih kpd pemilik rusuk kiri ....
anda telah menjadi V.I.P terhormat sy....
sambil-2x terjah beliau dgn rasa terharu, sempat jugak sy pokes beliau punye nuffnang n heartbeat...:)
p/s : selamat maju jaya kpd semua blogger-2x.....

17 December 2012

(-) DOSA (+) PAHALA




Daripada Wabisah bin Makbud
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka”










Huraian
·       Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
·       Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
·       Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.


Oleh itu, ayuhlah sama-sama kita mengurangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan tingkatkan Pahala.....




Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”

(al-Bukhari)

Huraian
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.








“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya, dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (Surah al-Mu’minun 22: 1-3)




menanti CINTA yang tak pasti




Kadangkala Allah MENJAUHKAN seseorang itu daripada HIDUP kita atas sebab untuk MELINDUNGI kita daripada segala DOSA dan KEMAKSIATAN yang berpanjangan...
Oleh itu, BERHENTILAH mengejar CINTA yang kita belum pasti adakah dia ditakdirkan untuk kita....
                                           Cinta yang dikejar pasti akan terhindar....              
BERUSAHALAH menjadi yang TERBAIK jika inginkan seseorang yang TERBAIK....
CINTAI Allah sebelum mencintai seseorang.....





Sama ada CEPAT ataupun LAMBAT
 JANJI Allah itu PASTI.....



Kelak PASTI akan menemui yang SEJATI.....


p/s : pesanan buat diri sendiri juga...^_^

14 December 2012

WARKAH buat mama & abah



Assalamualaikum.....
Mama ngan abh sihat?? Kkak hrp semuanya sihat...
Terlebih dahulu kkak hrap mama ngan abh halalkan semua selama kkak hidup di dunia nie.
Kkak tahu, kkak bkn ank yg baik...tp kkak dh cuba jd yg terbaik utk mama ngan abh....
Kkak mintak maaf andai selama kehidupan kkak byk yg dh mengguris hati mama nan abh...
Kkak bukn xtahu mama ngan abh sedih bila kkak mcm tu...
Kkak sndri pn xtahu kenapa kkak jd mcm tu...
Terima kasih kerana byk bersabar dgn karenah kkak selama nie...
Kkak nk mama ngan abh thu, stiap kali kkak buat slh je, kkak nk mntak maaf dkt mama ngan abh...tapi hanya terluah dlm hati...
Bertapa tingginya ego kkak kn?
kkak harap, mama ngan abh xsedih kalau suatu hari nanti kkak dh xde...
Kkak nk mama ngan abh tahu...
Kakak syg sgt2 mama ngan abah...
Mungkin ini nota terakhir kkak utk mama ngan abh tatap.....
Ampunkan segala dosa kkak....

Daripada,
Anakmu

13 December 2012

~ Today Quotes #2 ~






 Lets enjoy your life.... 
  hiasi hari2 anda dgn senyuman....
  lakarkan kenangan2 yg indah....
  dan
  abadikan di setiap sudut ruang yg kosong.....

12 December 2012

Pesonaliti mengikut jenis darah



Hah...korang tahu tak korang jenis darah ape? Klaw tak tahu, boleyh lar pegi check dkt klinik yg berhampiran....Ala, jgn tkut..jarum tu kecik je..hehehe
(pandai je ckp,padahal tak pernah pegi check lagi.... J )
Klaw korang dh tahu jenis darah korang, adakah jenis darah tu mampu menggambarkan pesonaliti korang??
Menurut salah sebuah institusi di Jepun, kajian yg dilakukan ke ats jenis2 darah yg mengalir dlm tubuh kite ternyata mampu memberi gambaran tentang pesonaliti seseorang....
Jom terjah rahsia pesonaliti korang melalui jenis darah....
ZasSss!!!



DARAH ‘O ‘
Individu yg memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai seorang yg setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu,
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yg ingin dilakukan khususnya yg melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yg agak kuat. Kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi dirimu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dgn berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan kamu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.


DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yg paling rapat dengan kamu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yg
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dgn cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yg
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yg bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yg jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yg berada di sekeliling kamu berasa selesa utk
berdampingan dengan kamu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan utk diri kamu sendiri.

-Wallahu’alam bissawab-


~ Tips dari NENEK ~


Assalamualaikum....
Haii korang semua....
hari nie nenek (transform jd tua jp)
nk kongsi petua utk kulit muka
bebas jerawat,gebu, halus, mulus....and yg seangkatan dgnnya larhh...
hehehee....
petua dia mudah je...korang kne ade 2 benda nie je....


1)      Bedak sejuk
2)      Air gamat

Hah...ade x??
Klaw xde senang je nk cari benda nie...
Pegi je kt kdai yg jual ubt2 gamat tu confirm ade....
Xpyh bajet byk pOwn sbb murh je.....
Ok, dh2 lar membebel...biase lar, dh transform jd nenek nie mule lar mulut jd mcm bertih jagung....

Cara-cara pkai mudh sgt2...
Just ltak bdk sjuk tu dlm bkas kecik...xpown nk mudh lg ltak je ats tapak tgn....
Lepas tu, titikkan air gamat dlm bdak sejuk 2...
(agk2 boleh tempek kt muke korang)

pinjam gambar atok google


Dh siap, boleh lar korang menempek bdak sejuk yg dh dicampur air gamat tu kat muke korang....
Mudah kn....
Hah, korang pkai mlm taw sblm tidur....
Kang pkai siang2 terkejut pulak klaw org pegi rumah....
Silap2 pengsan org...
Hikhikhikkk.....
Okeyh....sampai sini saja petua dr nenek....
Selamat mencube....^_^

p/s : sy selalu pkai tiap2 mlm...mmg berkesan...:D

10 December 2012

Pencarian Blogger Baru


Haii korang semua....
Sihat x??
Hahh, jom join segmen akk niera yg cumell nie...:)


Jumlah follower sekarang -- > 141

Syarat-syarat mudah je....

ü  Follower blogger tu mestilah kurang dr 1000
ü  Klik button follow blog kak niera & perwadah
ü  Buat entri ringkas segmen
ü  Letak banner yg kt ats tu dan link kan ke blog kak niera
ü  Nyatakan jumlah follower time join segmen nie


Mudahkan?? So, apa tunggu lg...hadiah misteri menanti korang semua.....

Hikhikhikk..... excited sgt join, terlupe nk gtaw dateline
--- > 31/12/2012

Cpt2, jgn tunggu lama2... ( winkk-2x)

09 December 2012

Laici ka jeruk kelubi ???


pinjam gmbar dr pakcik Google..... J




Today, ktaowg satu family p mkn kndri dkt rumah family angkat Pendang...
Pg-2x lg dh terpacak kt jety naek feri pling awl skali....
Feri paling awl pOwn owg kemain rmai gilezZzZzzz....
Terasa kelenguhan kaki bila berdiri menunggu saat masuk n dduk di seat yg dh ditetapkan....
Smpai ja jety kuala perlis terus sewa kreta.... and then ktaowg singgah minum-2x area kodiang....
Aku pown order lar air milo ais....
Smpai-2x ja air milo air tu, skali sedut muka terus b’tkar....
(sambil dlm hati kata “ diowg nie nk bg aku dpt kencing manis ka??” )
Hampehh betolll......manis yg teramat sgt-2x.....
Agk-2x kilang susu sponsor susu byk kt kdai diowg sbb tu ltak lbeyh..
Hehehehe......
After minum-2x, ktaowg terus ke destinasi yg nk dituju....
( Keda Lahar Tunjung)
Bila dh smpai rumah kndri, DJ yg bertugas time tu umum plak ketibaan ktaowg...
“ yaa...jemput-2x....yg nie family angkat abg lie ( tuan rumah kndri) dr pulau langkawi....”
Ya Allah, terasa malu sgt-2x....
Mula lar dgr bunyi tikus ngan brung lyang-2x....
Wuuttwiitt-2x bnyi...(bdk-2x laki pnya style ngorat)
Dh lar pkai 3-inci...
( disebabkn kependekkan yg terserlah lg  kecumelllann.... :P )
Sja nk naik lif tekan sendiri... J
And then dh siap mkn-2x, ktaowg btolak lar nk balik lgkawi....
Pkul 4.30 p.m.....membuat kunjungan dkt kdai mkn area jitra....
Pelayan : ya, nk minum ap?
Aku : Teh ‘O’ ais dua, Laici tiga...
Pelayan : mkn??
Aku : Bihun Tomyam dua, mee goreng udang 1.....
( my mom ngan adk num 2 xmkn...diet..hikhikhikk)
*********************** pesanan air td pown sampai***********************
Aku : mak aii.....npe air laici nie rsa mcm air nyior ja??
Adk num-4 : haa...ang taw xpa....xleyh nk minum...
Aku : (mkn buah laici pulak) Uwekkkss.....buah laici ke jeruk kelubi nieh?? Haishhh.......

nie larh air laici yg aku minum tu....




Serius.....Air laici 2 rsa mcm air nyior n buah dia rsa mcm jeruk buah kelubi.....
Mungkin laici yg dia guna tu dh expired....
Aku ngan adk-2x order air laici twos tggal cm  tu je air laici.....
Huhhh!!! Hari nie mmg terkena air yg xsedap semua....
REDHA ja larhh.....

yg nie lar jeruk kelubi yg menyerupai buah laici tu....


p/s : aku yg baik hati tak pulak komplen.....:D