Ya Allah,
kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu.
Dan cinta kepada orang yang mengasihiMu.
Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta Mu.
Jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai drpd air sejuk bagi orang yang kehausan.
Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon cintaMu,
dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Allah,
apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.
Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah,
jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,
hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah,
jadikanlah aku mencintaiMu, mencintai malaikatMu, RasulMu dan hambaMu yang soleh.
Ya Allah,
hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah,
jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu.
No comments:
Post a Comment