Followers

Like this...:)

20 April 2011

Cinta itu mengasyikkan...



Assalamualaikum.....
disini sy nk kongsi serba sedikit ilmu yg ada...
smOga dpt menjadi pnduan kpd semua...
CINTA...
tidak asing lagi dikalangan manusia terutamanya dikalangan remaja...
bila mnyebut perkataan "cinta"...
seringkali terbayang difikiran kita pasangan-pasangan yg sejoli..seperti Romeo & Juliet..
Laila & Majnun,Uda & Dara dan sebagainya...
Jalaludin ar-Rumi menggambarkan,akan kerana indahnya cinta itu sehingga syaitan juga dianggap bidadari...
apa yg pasti,telah ramai yg berbahagia kerana cinta..
namun tidak kurang juga yg menderita disebabkan cinta...
Cinta dpt menjadikan seseorg itu mulia dan dpt juga menjadikan seseorang itu hina....
menurut sirah nabi yg menceritakan bagaimana Siti Khadijah ra.ha mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja utk membantu pejuangan sang kekasih iaitu suami tercinta Rasulullah s.a.w.
banyak lagi kisah-kisah cinta nabi yg boleh kita jadikan contoh & teladan dalam memaknai cinta dlm kehidupan ini..
diantaranya cinta "Nabi Sulaiman & Ratu Balqis","Nabi Yusuf & Zulaikha","Nabi Ibrahim & Siti Hajar" dan lain-lain...
semuanya berkisarkan cinta dan pengorbanan kerana Allah s.w.t.
Berbeza dengan zaman kita sekarang...
dunia akhir zaman...
ada diantara gadis-gadis yg sanggup jadi hina dan sanggup menjual maruah diri mereka kpd org yg mereka cintai...
Adakah itu dinamakan cinta atau nafsu semata-mata??
dan lebih hina lagi sanggup mencabut nyawa sendiri disebabkan kegagalan dlm bercinta..
Cinta sedemikian yg menyebabkan seseorang menjadi hina didunia & akhirat..
Nauzubillahhi min zalik...

CINTA menurut pandangan islam
cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yg dibenarkan.Islam adalah agama fitrah & cinta itu adalah fitrah manusia.Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai & dicintai.Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.
"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi)
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang utk saling mencintai malah adalah sgt digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta & telah disediakan saluran yg halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)
Ayat di atas merupakan satu jaminan bahawa cinta & kasih sayang itu akn Allah campakkan ke dlm hati pasangan yg bersatu kerana Allah (iaitu dgn cara bernikah).Jadi tidak perlulah menunggu utk jatuh cinta terlebih dahulu ataupun "bercouple" dahulu sebelum menikah.Islam telah jelas menetapkan batasan-batasan ini untuk mengelak dari timbulnya gejala sosial dlm masyarakat.Betapa cantiknya Islam,setiap apa yg ditetapkan itu punya hikmah yg tersendiri.

Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta.Tidak boleh yg lain mengatasi yg lain melainkan mengikut turutannya.Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yg paling tinggi sekali ialah cinta yg menjadi hak Allah semata-mata.Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
2. Tahap kedua selepas cinta kpd Allah ialah cinta kpd kekasih Allah,Rasulullah saw.Cinta yg melahirkan rasa hormat,patuh,ingin mempertahankannya,ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dgn mukmin yg lain.Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yg membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Tahap keempat, cinta sesama muslim yg melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.
5.Tahap kelima, cinta sesama manusia.
6. Tahap keenam, cinta kpd selain manusia yakni binatang, harta benda dll.

Hubungan cinta dan iman
Cinta dan iman adalah dua perkara yg tidak dapat dipisahkan.Kedua-duanya saling berkait rapat.Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).
Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).
Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yg dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kpd tujuannya iaitu CINTA kpd Allah.Itulah cinta hakiki yg kekal selamanya.Adapun cinta kpd makhluknya, pilihnya cinta yg hanya berlandaskan cinta kpd Allah dan RasulNya.Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yg menggoda.Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan utk kita meraih Cinta Allah.InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...".Amin...Ya rabbila'lamin...
  
p/s:klik sini utk bacaan al-quran online dan quran flash

No comments:

Post a Comment