Followers

Like this...:)

29 April 2011

syarat-syarat dalam bergurau

Assalamualaikum….


Alhamdulillah….dpt sy kongsi lg tips2 dgn korg sume…
Walaupun bergurau 2 dibolehkn dlm syarak,tetapi ade jugak batas2 atau syarat2 yg harus kite jage…
Sprti kite tdk berlebihan dlm bergurau..
Iaitu:
Pertama : tdk berlebihan dlm bergurau shgga hilang sifat sopan santun.
Kedua : hndaklah gurauan itu dgn tujuan utk beramah-tamah atau menyenangkan hati org lain.
Ketiga : hndaklah tdk mengatakn perkara yg dusta ketika bergurau (tdk berkata kecuali dlm prkara yg benar).
Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termidzi maksudnya:”Daripada Bahzi bin Hakim,saya mendengar Rasulullah bersabda:Celaka bagi orang yang berbicara dengan pembicaraan untuk membuat manusia ketawa lalu dia berdusta,celaka baginya,celaka baginya”.
Keempat : hndaklah gurauan itu tdk mengandungi prkara yg menakut-nakutkan org lain.
Kelima : hndaklah gurauan itu tdk mengandungi prkra yg menghina,mencerca,mengolok-olokkan atau menyakiti org lain.
Keenam : hndaklah dia tdk bergurau senda dlm prkara yg apbila diguraukan prkara itu akn menjadi sungguh-sungguh sprit nikah,talak atau rujuk kerana Rasulullah bersabda yg mksdnya:
“Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda:Tiga perkara boleh menjadi sungguh-sungguh dan senda guraunya pula menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah,talak dan rujuk”.
(Riwayat Al-Imam Abi Daud)

24 April 2011

saat menilai cinta...

           gambar hiasan
gambar hiasan         

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
 sumber : kosmo (24 april 2011)

23 April 2011

rahsia.....ZASSS!!!!!


Assalamualaikum
Syukur x terhingga sbb dpt lg idea untuk mengupdate blog nieh…
Sy nk kongsi rahsia dgn korg semua…
Pd suatu hari..burung2 berkicauan..(hehehe..sje wat gimik)
Korg nk tahu rahsia ape yg sy nk kOngsi 2??
Hahh..nie larhh rahsia yg sy nk kongsi tu…”rahsia disebalik senyuman”.
Memandangkan rmai yg tgh bersedih skrg nie,baik sy kongsi rahsia nie..mne thu ade yg t’snyum lepas membaca….
Sabda Rasulullah SAW : “Senyum itu adalah sedekah”
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' . 

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanyaa sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 

15. Pujangga menyebut : 
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". 
Bak kata malique n najwa “senyum,xperlu kata apa2..”
So,kalau senyum tu,biarlah ikhlas dr hati..jgn senyum sinis…
Kalau ketawa tu pulak,biar berpada-pada…
Jgn smpaii terbahak-bahak…

SELAMAT BERAMAL…

bila hati dan fikiran bersatu..jeng3..:D

assalamualaikum…

Alhamdulillah…dpt lg sy update entri kt blog nie…
Ape perasaan korg bile 1 hari nanti ade seseorg dtg rumah merisik??
Ouhh..no!!Mesti terkejutkn??
And utk lelaki,ape perasaan korg bile 1 hari ade sorg prmpuan berterus terang dye dh lame suke n cintakn awk??
Kebetulan time 2 awk dh ade yg punya??
Hahahahhaa…Cepat2 jwb persoalan tu…
Eeee…bile tulis entri nie..terasa diri nie mcm gatal sgt nk kawen kn2..
Huhuhuu…xsalah kn kalau nk fikirkan mase depan..
Tu kn lumrah hidup manusia…
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”.( Surah An-Nur : ayat 32-33.)

“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (HR. Abu Dawud)
Emmm…cmne??sume dh nk kawen ke??
Kpd lelaki,andai lar mak korg g meminang sorg prmpuan n prmpuan 2 diam pabila ditanya..jeng3…
Org tua2 ckp tu tndenye dye setuju…tp bkn org tua2 je taw yg ckp…
Hadith pOwn ade ckp…
Dari Zakwan ia berkata: Aku mendengar Aisyah berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw. tentang seorang gadis perawan yang dinikahkan oleh keluarganya, apakah ia harus dimintai persetujuan ataukah tidak? Beliau menjawab: Ya, harus dimintai persetujuan! Lalu Aisyah berkata: Aku katakan kepada beliau, perempuan itu merasa malu. Rasulullah saw. bersabda: Itulah tanda setujunya bila ia diam. (Shahih Muslim No.2544)
Okeyh…cukup dulu smpai sini…
lg bnyak yg sy tulis,lg bertambah gatal nk kawen..
Hehehhehee….

tidak sabar menunggu saat cincin disarungkan pd jari nie..:)


Selamat beramal....

p/s:klik sini untuk lihat gambar pertunangan Ashraf muslim.

21 April 2011

Cinta & Rindu Menurut Islam


Assalamualaikum…..
Entri hari nie sy nk kongsi tentang cinta & rindu menurut islam...
Kebetulan sy ade t’bace buku di library...
Topik utama yg dibincangkan mengenai percintaan kpd Allah s.w.t.
Terasa kesal dan rasa bersalah mnyelinap ke dlm hati sy apabila membaca isi-isi didlm buku tersebut yg membahaskan tentang hak Allah dan hak kita sbg hambanya...
Topik cemburu juga mencuit perasaan sy dan memasukkan unsur humor di dalamnya. Antaranya cemburu Aisyah Radiallahu anh t’hadap madunya. Apabila pembantu madu Aisyah membawa semangkuk bubur utk nabi, tiba-tiba Aisyah menepis mangkuk bubur tersebut krn cemburu. Kemudian Rasulullah menyuruh pembantunya membawa mangkuk itu ke dapur & memberitahu“Ibu kamu hari ini cemburu, bawalah mangkuk itu ke dapur”
Topik bidadari di syurga sungguh mengelojakkan perasaan sy sbg org yg masih muda.
MasyaAllah betapa indahnya bidadari yg digambarkan melalui buku ni.
Apabila diceritakan balasan syurga, seolah-olah kita sdg berada di dlmnya.. huraiannya membuatkan rasa rindu utk bertemu & melihat
Allah Yang Maha Tinggi..
Kisah di zaman sahabat & tabiin mengenai derita org yg mencintai begitu menyedihkan perasaan sy..Berapa ramai yg meninggal krn derita cinta.Betapa ramai yg mampu menjaga nafsu dr dirosakkan shgga meninggal dunia..
Allahuakbar..
Akhir sekali apa yg membuatkan sy mengalirkan air mata apbla penulis membahaskan tentang celaan t’hadap nafsu..Bagaimana neraka digambarkan & betapa buruknya seksaan kpd penzina..
Allahuakbar,.gerun masih melekat dihati sy..Bacalah buku ni best sgt..byk memberi pengajaran kpd kita...
Kata-kata didlm buku t’sebut yg sy tdak lupa...
“Cinta itu laksana pohon di dlm hati. Akarnya adlh ketundukan kpd kekasih yg dicintai,Dahannya adlh mengetahuinya,Rantingnya adlh ketakutan kepadanya.Daun-daunnya adlh malu kepadanya,Buahnya adlh ketaatan kepadanya dan Air yg menghidupnya adlh menyebut namanya.Jika di dlm cinta ada satu bahagian yg kosong,bererti cinta itu kosong.”

p/s:sila klik sini utk mengetahui dgn lebih lanjut..

20 April 2011

Cinta itu mengasyikkan...



Assalamualaikum.....
disini sy nk kongsi serba sedikit ilmu yg ada...
smOga dpt menjadi pnduan kpd semua...
CINTA...
tidak asing lagi dikalangan manusia terutamanya dikalangan remaja...
bila mnyebut perkataan "cinta"...
seringkali terbayang difikiran kita pasangan-pasangan yg sejoli..seperti Romeo & Juliet..
Laila & Majnun,Uda & Dara dan sebagainya...
Jalaludin ar-Rumi menggambarkan,akan kerana indahnya cinta itu sehingga syaitan juga dianggap bidadari...
apa yg pasti,telah ramai yg berbahagia kerana cinta..
namun tidak kurang juga yg menderita disebabkan cinta...
Cinta dpt menjadikan seseorg itu mulia dan dpt juga menjadikan seseorang itu hina....
menurut sirah nabi yg menceritakan bagaimana Siti Khadijah ra.ha mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja utk membantu pejuangan sang kekasih iaitu suami tercinta Rasulullah s.a.w.
banyak lagi kisah-kisah cinta nabi yg boleh kita jadikan contoh & teladan dalam memaknai cinta dlm kehidupan ini..
diantaranya cinta "Nabi Sulaiman & Ratu Balqis","Nabi Yusuf & Zulaikha","Nabi Ibrahim & Siti Hajar" dan lain-lain...
semuanya berkisarkan cinta dan pengorbanan kerana Allah s.w.t.
Berbeza dengan zaman kita sekarang...
dunia akhir zaman...
ada diantara gadis-gadis yg sanggup jadi hina dan sanggup menjual maruah diri mereka kpd org yg mereka cintai...
Adakah itu dinamakan cinta atau nafsu semata-mata??
dan lebih hina lagi sanggup mencabut nyawa sendiri disebabkan kegagalan dlm bercinta..
Cinta sedemikian yg menyebabkan seseorang menjadi hina didunia & akhirat..
Nauzubillahhi min zalik...

CINTA menurut pandangan islam
cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yg dibenarkan.Islam adalah agama fitrah & cinta itu adalah fitrah manusia.Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai & dicintai.Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.
"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi)
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang utk saling mencintai malah adalah sgt digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta & telah disediakan saluran yg halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)
Ayat di atas merupakan satu jaminan bahawa cinta & kasih sayang itu akn Allah campakkan ke dlm hati pasangan yg bersatu kerana Allah (iaitu dgn cara bernikah).Jadi tidak perlulah menunggu utk jatuh cinta terlebih dahulu ataupun "bercouple" dahulu sebelum menikah.Islam telah jelas menetapkan batasan-batasan ini untuk mengelak dari timbulnya gejala sosial dlm masyarakat.Betapa cantiknya Islam,setiap apa yg ditetapkan itu punya hikmah yg tersendiri.

Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta.Tidak boleh yg lain mengatasi yg lain melainkan mengikut turutannya.Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yg paling tinggi sekali ialah cinta yg menjadi hak Allah semata-mata.Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
2. Tahap kedua selepas cinta kpd Allah ialah cinta kpd kekasih Allah,Rasulullah saw.Cinta yg melahirkan rasa hormat,patuh,ingin mempertahankannya,ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dgn mukmin yg lain.Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yg membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Tahap keempat, cinta sesama muslim yg melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.
5.Tahap kelima, cinta sesama manusia.
6. Tahap keenam, cinta kpd selain manusia yakni binatang, harta benda dll.

Hubungan cinta dan iman
Cinta dan iman adalah dua perkara yg tidak dapat dipisahkan.Kedua-duanya saling berkait rapat.Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).
Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).
Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yg dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kpd tujuannya iaitu CINTA kpd Allah.Itulah cinta hakiki yg kekal selamanya.Adapun cinta kpd makhluknya, pilihnya cinta yg hanya berlandaskan cinta kpd Allah dan RasulNya.Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yg menggoda.Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan utk kita meraih Cinta Allah.InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...".Amin...Ya rabbila'lamin...
  
p/s:klik sini utk bacaan al-quran online dan quran flash