Tatkala
detik waktu kian berputar, menandakan siang berganti malam...
hari
berganti hari.....
Secara
sedar ataupun tidak sedar,
sudah
menjelang seminggu kita berpuasa...
Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah
bersabda Rasulullah saw:
Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan
siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang
yang puasa boleh berbuka.
(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
Ramadhan hadir dengan penuh pengharapan...
semoga kita dapat menambahkan amal ibadat kita ...
Untuk menyuburkan lagi hati dan menambahkan amal ibadat di bulan yang mulia ini, ayuhlah sama-sama kita menghayati hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan bulan ini....
Ø Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
Ø
Daripada
Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya
segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn
Habban dan Baihaqi-
Ø Abu Hurairah telah berkata : Aku telah
mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa
yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya
apa dosanya yang telah lalu.
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu
Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
Ø Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah
S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada
sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat
kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan
kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan
tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian
(dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah
kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W
bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain
dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan
pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada
jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
Daripada
Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah
S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah
perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia
dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan
yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang
berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan
bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya
apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu
Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim,
Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
sumber hadis : ilhamsiputrempah
Syukur Alhamdullillah. Sudah masuk hari ke 8 kita berpuasa. Moga Ramadhan ini ini adalah permulaan Ramadhan yang lebih baik dalam hidup kita.
ReplyDeleteSHIMI : http://menonong.blogspot.com