Followers

Like this...:)

20 July 2013

~ Chocolate Moist Cake ~


Bahan A :
·        2 cawan tepung gandum
·        2 sudu kecil baking powder
·        2 cawan gula halus (saya pakai 1 cawan gula )
·        4 biji telur gred A ( pakai gred C pun boleh )
·        250g Buttercup
·        2 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
·        1 cawan serbuk koko
·        ½ cawan gula halus
·        1 cawan air panas
·        ½ cawan susu cair / fresh milk

Cara – Cara :

·           Pes Coklat
1)        Masukkan serbuk koko, gula dan air dalam periuk. Masak menggunakan api yang  
 kecil. Kacau rata sehingga berkilat.
2)    Masukkan susu cair / Fresh milk sedikit demi sedikit dab kacau sehingga rata.
3)    Setelah rata, matikan api dan ketepikan sekejap.

·  Adunan Kek
1)        Pukul buttercup dan gula sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.  
Kemudian masukkan esen vanila.

       2)    Kemudian, masukkan tepung gandum berselang-seli dengan pes coklat tadi.   
              (jangan berhenti memukul).

       3) Masukkan adunan ke dalam Loyang yang telah disapu marjerin.

Dua cara memasak :
1)     Bakar : Panaskan oven 180o bakar selama 1 jam.

2)     Kukus : Tutup Loyang dengan plastik atau aluminium coil, masak selama 1 jam.

Topping :
·        1 tin susu pekat
·        ½ cawan serbuk koko
·        1 sudu the esen vanilla
·        ¼ cawan minyak masak / minyak sayuran

Ø Masukkan semua kedalam periuk, masak diatas api sederhana. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak berketul.


Ø Setelah rata, siap untuk dihias diatas kek tadi. 


-Selamat Mencuba- 

16 July 2013

~ Kini Kau Hadir, Sekarang Kau Beransur Pergi ~


Tatkala detik waktu kian berputar, menandakan siang berganti malam...
hari berganti hari.....
Secara sedar ataupun tidak sedar, 
sudah menjelang seminggu kita berpuasa...


Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah saw:

Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka.

(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)


 Ramadhan hadir dengan penuh pengharapan...
semoga kita dapat menambahkan amal ibadat kita ...
Untuk menyuburkan lagi hati dan menambahkan amal ibadat di bulan yang mulia ini, ayuhlah sama-sama kita menghayati hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan bulan ini....



Ø  Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
 -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

Ø  Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. 
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


Ø  Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. 
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 


Ø  Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 


Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. 
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 




PENERANGAN HADIS 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. 

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

sumber hadis : ilhamsiputrempah


06 July 2013

# w.o.r.d 1 #


Doa ialah ibadah dan merupakan senjata orang mukmin...
Mendoakan kebaikan orang lain merupakan sunnah hasanah yang diamalkan oleh para nabi dan turut diikuti orang soleh...

Daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintai untuk dirinya sendiri,” 
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT :

 Kamu berdoalah kepada-ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang yang sombong takbur untuk beribadat dan berdoa kepada-ku akan masuk ke dalam neraka Jahanam dalam keadaan yang hina.(Surah Ghafir 40:60)

Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’ Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia dan bukan dihadapannya sangat dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya): ‘Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu.” 
(Riwayat Muslim)

Oleh itu, semakin banyak kita mendoakan orang lain, maka semakin banyak kebaikan yang kita perolehi...
Tidak kira samada mendoakan pada orang dikenali mahupun tidak dikenali....
Cuba bayangkan apabila doa yang dipohon dengan penuh khusyuk dan tawaduk diaminkan oleh para malaikat, insyaAllah..doa tersebut akan dimakbulkan oleh Allah SWT... Itu adalah hikmah untuk seseorang yang sanggup memberi kebaikan kepada orang lain, Allah SWT juga akan membalasnya dengan kebaikan...

Namun, apabila membenci seseorang, janganlah kita mendoakan keburukan baginya...
Hal ini tidak dibolehkan oleh agama seperti hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah,
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

Janganlah kalian mendoakan keburukan menimpa dirimu, anak-anakmu, pembantu-pembantumu atau hartamu, agar doa kalian tidak sama dengan waktu dikabulkan doa daripada Allah sehingga doa keburukan itu dikabulkan.” 
(Riwayat Abu Daud)


Kita perlu berfikiran positif untuk mendoakan orang lain dengan kebaikan sebagai tanda bersihnya hati dan jiwa kita...
Dengan itu, kita dapat mewujudkan serta mengeratkan kasih sayang sesama umat Islam...

~Wallahua'lam~