Followers

Like this...:)

04 March 2013

10 tips mewujudkan keyakinan diri


  • Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

  • Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.


  • Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.


  • Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!


  • Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.


  • Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.


  • Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!


  • Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.


  • Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.


  • Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.


2 comments:

  1. Nice.. suka entry nie terutama point yang paling last tu.. masa itu emas.. berdasarkan pengalaman, antara punca melayu jauh ketinggalan dari bangsa lain ialah disebabkan point last tu iaitu suka bertangguh.. :(

    ReplyDelete