Followers

Like this...:)

12 March 2012

~ Irfan khairi - jutawan internet~

Assalamualaikum....

Dush..dushh....kedebabOoommm!!!!
first of all,korunk sume knl x ngan irfan khairi neh??
ala..jutawan internet 2..yg msok keluar TV,mjlh,newspper tu....
xkn xknal kOwt??


okeyh...klaw xknal meh nk cita sket...


Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire 
University, United Kingdom. 
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat 
IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia 
dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran 
Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada 
ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan 
sistem Learning Grid tersebut. 
Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan 
perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada 
tahun 1999. 
Selepas memdapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda 
pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian 
kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi. 
Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya 
menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu 
perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan 
peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya…. hanya RM500. Ketika itu, 
beliau hanya berusia 25 tahun! 
Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young 
Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom. 
Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai 
generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan.

Beliau telah menamatkan zaman bujangnya pada 24 ogos 2001 bersama seorang wanita iaitu Syazrina Mohamad Yusof (36).....
kini...beliau mempunyai 4 orang cahaya mata....

hahh...kt cnie..apa yg peliknya ialah nama anak-anak irfan khairi nieh...
tersangat-sangat unik....i looiikkee!!
           anak pertama - Ilham Abadi (10)                                      

          Kedua  - Kasih kamilia abadi (8)
          Ketiga  - Ikhlas Abadi (6)
          Keempat - Cinta Strawbery abadi (4)

CAMNE?? unik x??


okeyh...see u all kt entri laen lax nnty...
bye2..^_^





No comments:

Post a Comment