Assalamualaikum
Wahh…xsbr nk try resepi sizzling niehh…msti best kn??
Jum2 kite cube resepi nieh…
ZaAaSSSsS!!!!
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
ü 2-3 sanggul (gulung) yee mee
ü 5 ulas bawang putih
ü 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
ü 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
ü 3 biji cili kering- potong 2
ü 2 sudu besar sos tiram
ü 3 sudu besar kicap cair
ü 1 sudu besar kicap pekat
ü 1/2 in halia- hiris nipis
ü Serbuk lada hitam
ü garam- secukup rasa
ü Beberapa titik Minyak bijan
ü 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
ü sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain (tunggu 2-3 min)
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik (jgn banyak2)
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
No comments:
Post a Comment