Followers

Like this...:)

20 November 2011

~Pagi Yang Gesit Menjelma~


Pagi yang gesit menjelma
Telah terhapus mimpi
Dari lena tidurku
Dingin adalah teman setia
Yang mendamaikan
Yang membangkitkan
Atma yang alpa
Supaya mengingati Yang Maha Esa

Tak terasa panjangnya malam
Apabila pagi gesit menjelma
Lantas mengembalikan memori semalam
Ah, bukankah esok juga
Adalah memori yang berulang?
Yang berubah hanyalah usia
Yang kian meningkat
Yang kerap mengingatkan
Cukupkah sudah bekalan
Untuk berangkat ke akhirat sana?

Terima kasih
wahai pagi yang gesit menjelma
kau datang membunuh angan ku
menghapus lalaiku
untuk menyedarkan
untuk menginsafkan
bahawa diri ini
hanyalah musafir hina
yang menumpang teduh
dibawah naungan-Nya
dalam setiap perjalanan kembara
diatas bumi ini

02 November 2011

~yeahhh!!!! i will marry u :P ~


~Polka dot dot.... :)~

Hahh….
Cuti sem nie mesti bosan….
Jum  sama2lah kita menyibukkn diri didapur rumah masing2….
Ngeh3x

apam polkadot
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara
masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

~Resepi CINTA untuk BAHAGIA~


BAHAN-BAHANNYA
1 tin cerita
2 keping hati yang masih muda
1 mangkuk besar pengertian
2 tin keimanan kepada Tuhan
2 biji tomato pengharapan
1 mangkuk keyakinan
1/2 sudu cemburu
1 mangkuk perjodohan cubitan mesra,
serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)

CARA - CARANYA :

Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya. Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mengkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan. Tuangkan kepercayaan dan pengertian. Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan sesuka hati masing- masing. Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan. Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan. Campuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.

Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati.
Masanya: Darah Muda

Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.

20 October 2011

~surat CINTA dari pensyarah ( PART 1 )~

Sesuatu yg baik utk renungan bersama……
Bila seronok aku cari….pasanganku
Bila sedih aku cari…mak
Bila berjaya aku ceritakan pada…pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada…mak
Bila bahagia aku peluk erat…pasanganku
Bila berduka aku peluk erat…mak
Bila nak bercuti aku bawa…pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah…mak
Bila sambut valentine aku bagi hadiah pada…pasanganku
Bila sambut hari ibu aku Cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu aku ingat pasanganku….
Selalu mak ingat kat aku…
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku…
Entah bila…aku nak telefon mak…
Selalu aku beli hadiah untuk pasanganku…
Entah bila..aku nk belikan hadiah utk mak…
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja…
Bolehkah kau kirimkan wang utk mak??
Mak bukan nk banyak…RM50 sebulan pun dah cukup…”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…
Tapi kalau mak sudah tiada…
MAKKK….RINDU MMAAKK….RINDU SANGATTT….
Berapa ramai yg sanggup menyuapkan ibunya…
Berapa ramai yg sanggup mencuci muntah ibunya……
Berapa ramai yg sanggup menggantikan lampin ibunya…
Berapa ramai yg sanggup membersihkan najis ibunya…
Berapa ramai yg sanggup membuang iulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
Berapa ramai yg sanggup berhenti kerja utk menjaga ibunya….
Dan akhir sekali…berapa ramai yg sembahyangkan JENAZAH ibunya….
Berilah yg terbaik buat ibu-ibu anda sementara mereka masih hidup….


p/s: ribuan terima kasih buat lctrer t'syg...pn.hartini....:)

10 October 2011

~Dimana kau dOraemOn???~

Assalamualaikum...

Andai DORAEMON wujud….
Mesti ramai yg ingin memilikinya….
Termasuklah sy…J
Ye larr…
Rabu niehh speaking test fOr MUET….
Gelabah thp akauntan tekan calculator abes number….
Huhuhuu….
Ape lar soklan yg kuar…
Fenin2  fikir nk jwb mende rabu neh….
Dh larr speaking pOwn thp kura2 dgn arnab…
Klaw ade DORAEMON kn sng…
Boleyh pnjam mesin pemutar masa…
xpOwn mntak je twos jwpn ngan dye…
kite just ckp je…
hehehhee….
Adioosss…..
kuar jejln mncari DORAEMON…

p/s:ade sespe yg nk jd DORAEMON sy x??? J

09 October 2011

~saya sudah bertunang~

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama. Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

~more...~

~slmt membaca n renung-renungkan...:) ~

06 October 2011

~berbahagialah hati wahai pencinta~

Assalamualaikum...
·        Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
·        Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
·        Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
·        Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
·        Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
·        Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
·        Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
·        Yang indah hanya sementara
·        Yang abadi adalah kenangan
·        Yang ikhlas hanya dari hati
·        Yang tulus hanya dari sanubari
·        Tidak mudah mencari yang telah hilang
·        Tidak mudah mengejar impian
·        Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
·        Kerana walaupun digenggam terlepas juga
·        Ingatlah kata pepatah: “Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”
·        Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
·        Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
·        Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
·        Apalagi yang mahu diperebutkan
·        Apalagi yang mahu disombongkan
·        Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
·        Jangan terlalu berhitung
·        Jangan hanya mahu menang sendiri
·        Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
·        Belajarlah tiada hari tanpa kasih
·        Selalu berlapang dada dan mengalah
·        Hidup sentiasa ceria dan bebas
·        Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
·        Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
·        Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan
~sumber:diarihati.com~

04 October 2011

~khas buat Hawa yang dikasihi~





berjilbab pilihanku ,
 bukan untuk menutupi keburukanku :)


~saat yang paling bahagia~


Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? "
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."
Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"
Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.."
Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)
"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)
~sumber i luv islam~

03 October 2011

Antara kamOo & saya......



♥♥ (¯`'*• Kamu TAHU satu-satunya ALASAN mengapa Allah memisahkan kita??? kerana kita terlalu DEKAT, melampaui yang seharusnya..

♥♥ (¯`'*• Kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta JARAK antara kita??? Kerana Allah ingin kita saling MENDOAKAN, dlm jauhnya pandangan sekalipun..

♥♥ (¯`'*• Kamu tahu alasan munculnya kantung pada mata??? Untuk membiarkannya terpejam, BERISTIREHAT dari memandangmu dlm NYATA..

Sesekali aku hanya ingin BICARA, sekadarnya sahaja, tidak lama..setidaknya sapalah aku ketika kita bertemu mata.... Namun d balik telapak tangan ini, sebuah NAMA terukir INDAH.... Belum dapat ku baca, KATA Allah masih RAHSIA..