Followers

Like this...:)

27 November 2012

~Hanya ALLAH s.w.t yg tahu~



Biarlah cintaku yang diam itu disambut mesra oleh cintamu melalui landasan yg diredhai, bukankah Allah SWT tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?,dan jika memang ‘cinta dalam diamku’ itu tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam, kerana jika dia memang bukan milikku maka dengan izin Allah dengan melalui waktu dan masa dan juga ketika akan menghapuskan ‘cinta dalam diamku’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan memberi ruang kepada orang yang tepat untukku.

Biarkan ‘cinta dalam diamku’ itu menjadi memori tersendiri dan didalam sudut hatiku menjadi rahsia antara aku dengan Sang Pemilik hatiku, kerana aku yakin bahawa Allah akan memberikan ganti yang lebih baik untuk diriku mahupun mewujudkan mimpiku menjadi realiti di kemudian hari.

Sesungguhnya aku ingin bersabar di dalam diamku untuk mencintai dirimu dengan tulus dan ikhlas dalam kehidupan yang bakal kita lalui bersama di dunia ini ataupun kita sekadar ada jodoh di dunia yang lebih baik, dan bila cinta dalam diamku ini kau sambut, aku ingin dirimu membawaku menongkah arus untuk menjejaki nikmat akhirat dan bukan sekadar menjejaki nikmat duniawi semata-mata.

Wahai Penjaga Hatiku, semoga kita saling bersabar dalam menempuh dugaan ini.
Semoga bahagia akhirnya itu adalah milik abadi untuk kita berdua dan sesungguhnya aku `Mencintaimu Dalam Diamku’ dan aku mengharap bila sampai waktunya kau melafazkan akad nikah padaku dan aku menerima mahar cintamu dengan rela hati.

Cukup cintai "dia" dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan dankeikhlasan hatimu…

Sebabnya tidak lain tidak bukan hanyalah :

Kerana tiada yang tahu rencana ALLAH Yang Satu… Ilmu ALLAH. DIA tahu yang terbaik buatmu.
Mungkin saja rasa ini suatu ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk berubah…

Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya...
Biarkan ALLAH yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang sendiri bila sampai waktunya…

Atau istilah lain "Bila dah tiba waktunya"

Terjemahan Firman ALLAH s.w.t:

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

" ..Berikan hatimu hanya untuk ALLAH s.w.t, pasti DIA akan temukan padamu pemilik terbaik,, dan hamparkan masa mu seluas-luasnya hanya untuk ALLAH,, pasti DIA akan aturkan dengan hidupmu sebaiknya.."
~ Luahan hati untuk pemilik hati ini~






Ya Allah..
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya...
Janganlah biarkan aku merindui kehadirannya....
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya...
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku...
Dan jauhkan dia dari relung hatiku...
Gantikanlah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini
Dengan kasih daripadaMu yang tulus murni...
Dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat...
Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku Ya Allah..
Kau satukanlah  hati kami....
Bantulah aku untuk mencintai,mengerti dan menerima dia seadanya...
Berikanku kesabaran,ketekunan dan kesungguhan
Untuk menenagkan hatinya....
...آمين يا رب العالمين




26 November 2012

nak tahu kat mana orang yang korang sayang berada???



Yeahh!!!
now saya dah tahu mcm mana nk track org tersayang....
bg sesape yg nak track org tersayang korang boleyh lar


GOODLUCK & semoga korang dpt tahu dimana org tersayang korang berada sekarang....

23 November 2012

Awak tahu, saya jatuh cinta dalam diam bila.....


~ Bila saya pandang awak, hati saya rasa satu perasaan yang aneh. Sesuatu yang saya tak rasa bila pandang orang lain. Mungkin pada wajah awak,saya nampak sesuatu yang saya cari selama ini.

~ Bila saya pandang awak, saya rasa  tak nak pandang tempat lain dah tapi tak boleh pandang awak lama-lama takut terkantoi. Heheheee...

~ Bila saya berada dengan awak, saya  ada perasaan yang selesa bila awak ada dekat. Rasa macam nak jerit, “ Please stay, don't go!!”...

~ Bila awak ada dengan saya, saya hargai setiap saat yang dapat saya luangkan dengan awak walaupun awak tak tahu dalam diam saya jatuh cinta dengan awak...=)

~ Bila awak menyebut nama saya, saya rasa terkedu sebentar.

~ Bila awak ketawa, saya tersenyum sendirian..Betapa saya suka dengar gelak tawa awak.

~Bila saya dengar suara awak sahaja mampu membuatkan saya tersenyum.(dalam hati berbunga-bunga macam musim bunga kat korea...=) )

~ Bila saya melihat wajah awak yang suram, gusar,risau, saya mula lar menggelabah tak tentu arah....

~ Bila awak tak contact saya sehari,saya rasa tak keruan...Rindu sangat dekat awak..=(

~ Bila saya ingin mengetahui tentang awak, saya stalk hampir semua benda yang saya boleh stalk tentang awak. Kalau boleh semua benda tentang awak saya nak tahu. Lepas saya tahu banyak tentang awak, saya berlagak seperti tidak tahu apa-apa tentang awak padahal saya mengagumi diri awak...

~ Bila saya tertanya-tanya, banyak persoalan yang berlegar-legar di kepala...ada sesiapakah dihati awak? Mungkinkah ada ruang dihati awak  untuk saya? Mungkinkah?

~ Saya selalu teragak-agak untuk meluahkan isi hati saya. Saya malu giler untuk memulakan langkah pertama.Yelah, sebab macam perigi cari timba kan orang kata.