Pagi yang gesit menjelma
Telah terhapus mimpi
Dari lena tidurku
Dingin adalah teman setia
Yang mendamaikan
Yang membangkitkan
Atma yang alpa
Supaya mengingati Yang Maha Esa
Tak terasa panjangnya malam
Apabila pagi gesit menjelma
Lantas mengembalikan memori semalam
Ah, bukankah esok juga
Adalah memori yang berulang?
Yang berubah hanyalah usia
Yang kian meningkat
Yang kerap mengingatkan
Cukupkah sudah bekalan
Untuk berangkat ke akhirat sana?
Terima kasih
wahai pagi yang gesit menjelma
kau datang membunuh angan ku
menghapus lalaiku
untuk menyedarkan
untuk menginsafkan
bahawa diri ini
hanyalah musafir hina
yang menumpang teduh
dibawah naungan-Nya
dalam setiap perjalanan kembara
diatas bumi ini