Followers

Like this...:)

24 August 2011

mOod raye...~


Assalamualaikum...
Huhh !!!
Setelah sekian lama xmeng’update’ entry…
Rase bOsan plak…
Al-maklumlah..tetibe plak broadband di ‘cut’…
Huhuhuuu….
Naseb lar ade penyelamat (library kolej)
Hehehehh…(gelak jht)
Tp pas nieh xboleyh jugak nk on9….
Cuti raye kn…sume kene cuti…ngEh3..^_^
Ckp sal cuti raye,mlm nie dh nk bertolak….
TAPI…..
Brg2 xkmas msOkkan dlm beg lg…
Wuwuwuu…T.T
Dgn mood n suasana raye niehh…
sy nk amek kesempatan nk ucapkan
 “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”
MAAF ZAHIR & BATIN
Semoga puasa kali nieh mendpt keredhaan & keberkatanNYA…
Amin…
Tatatititutu….
~Balik kampong..OOoo balik kampong…lalallaaaa~



10 August 2011

wedding gown diperbuat drpd balloons....


Assalamualaikum...
Hah !!! ape pndapat kOrunk klaw semua gaun pengantin kt dunia nie…
Sumenye diperbuat drpd balloons….
Adakah kOrunk semua sanggup memakai gaun tu???
Jum tgk koleksi gaun yg diperbuat drpd balloons tu….
Nanti boleyh lar kOrunk semua wat kputusan nk pkai ke x....
Hehehehhee…..~
beliau sdg membuat balloons gown
hasil slps siap..:)
So, ape pndapat kOrunk???
Nk pkai ke x??
p/s : klw sy, xnk lah pkai..kang meletup sy jugak sush….:D
~ TAMAT ~

09 August 2011

mOtivasi pagi...:D

Assalamualaikum...
Jom sama2 kita memotivasikan diri….:)
Tingkatkan prestasi,
Kurangkan kOntrOvesi….




Petua mencuci hati....


Assalamualaikum...
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

08 August 2011

SimplySiti.....


Assalamualaikum...
Biar betul SimplySiti guna berus bulu babi???
jOm terjah!!!!
Mula-mula sekali kita lihat surat pekeliling dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang berkenaan berus yang digunakan oleh SimplySiti adalah berus daripada bulu babi dan tentulah hukumnya haram. Namun begitu, yang menyebarkan isu ini mungkin salah faham dan terus menuduh berus kosmetik SimplySiti menggunakan berus daripada bulu babi.

Penjelasan Datuk Ct di bawah ini menjawab segala-galanya dan gunakanlah produk SimplySiti tanpa was-was.


Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.
Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam.
Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.
Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.
SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011

~ Sambungan ~

Part 2
Assalamualaikum...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang beriman ~ [Al-Imran:139]


“Pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah, pesan pada semua jangan mengeluh dan jangan kecewa, ALLAH sentiasa bersama kita..”



(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸
*¨¨*.¸¸`·.¸.¸¸.•​**.¸¸`·.¸.¸¸.**.¸¸`·.¸.¸¸.*
Terkadang, kita Perlu MELEPASKAN Orang Yang Kita CINTAI Kerana Belum Tentu Lagi Dia Akan menjadi MILIK Kita..Namun, Seandainya Benar Dia DITAKDIRKAN Untuk Kita, Pasti Allah Akan TEMUKAN Jua Dengan Memberi Rasa Yang Lebih INDAH Saat AKAD Dilafazkan.. InsyaAllah, Amin Ya Rabb..
`·.¸
*¨¨*.¸¸`·.¸.¸¸.**.¸¸`·.¸.¸¸.**.¸¸`·.¸.¸¸.*.¸.*

~BuAt sEsApE yg pUtUs CiNtA~

Part 1

Assalamualaikum...
“jika Allah sayang kepada seseorang,Dia akan berikan iman.Jika Allah sayang lagi,Dia akan beri kekuatan untuk mengamalkan agama-Nya dengan sempurna.Dan jika allah sayang lagi,Dia akan susahkan hamba-Nya dengan urusan dunianya,untuk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kepada-Nya.”

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Ayuh! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH.
Wallahua'lam.

05 August 2011

Meng"GILA"kan diri....

Assalamualaikum...
Andai kau teringat kepadaku,
layangkan doa.
Walau mungkin tak terzahir pada facebookmu apa yang ada di dalam kalbu,
jiwaku masih mampu merasai cinta daripadamu.
Siyes…tetibe rase gembira menyulubungi diri nie…
Xthu lar hantu ape yg merasuk jiwa niehh…
(hakikatnya,mne ade hantu pd bulan puase nieh..hehhehe)
Bile terbacekan ayt kat ats 2….
Jiwa terus berbunga-bunga…
Sje suke2 memperasankan diri sOmeone sdg tujukan ayt 2 kat aku…ngehh3…
Klaw larh sOmeone tu tahu aku telah cOpy ayt dye n paste kt entri nieh…
Msti sah2 dpt pangkat ‘owg yg paling perasan’…
Biar larh ape owg nk ckp…aslkan gembira….:D
•.Senyumlah andai dirimu dilukai •.
•.
Senyumlah andai dirimu dilupai •.
•.
Senyumlah andai dirimu dikhianati •.
•.
Senyumlah andai dirimu ditindasi •.
•.
Senyumlah andai dirimu dibebani •.
•.
Senyumlah andai dirimu disakiti •.
.:::SO,SENYUMLAH SELALU..:D :::.